© 2019

Tengku Adil Tengku Izhar

  • facebook-square
  • Twitter Square
  • Instagram - Black Circle
BAB 2 PERBALAHAN META

100 Tahun Lalu

 

Perbalahan Meta bermula semenjak 100 tahun yang lalu.  Ini di sebabkan oleh ketua puak Omega and Ortan yang mahu menguasai Planet Meta sepenuhnya. Kedua-dua puak ini bersatu dan menyerang Otawa. Pada ketika itu, Otawa hanya mendapat pertolongan Otera. Puak Ouwka memilih untuk tidak memihak kepada sesiapa. Ini kerana Ouwka merupakan puak yang paling lemah di antara mereka. Pada masa yang sama juga puak Ouwka selalu ditindas. Menyebabkan mereka tidak menghiraukan perbalahan ketika itu.

 

Ketua Otawa pada ketika itu, Dorku, merupakan seorang pemerintah yang tegas. Dia amat marah dengan tindakan Omega dan Ortan yang cuba mengambil alih Otawa. Dorku bertindak menyerang puak-puak tersebut dengan anggota tenteranya yang kuat. Tentera Otawa menyerang penduduk-penduduk Omega dan Ortan tanpa belas kasihan.

 

Ketua puak Omega iaitu Karhoo amat marah dengan tindakan tentera Otawa. Dia mengarahkan tentera-tenteranya mara ke Otawa dengan harapan untuk memusnahkan kota itu. Puak Ortan yang di ketuai oleh Okor mengetuai serangan tenteranya. Pertempuran yang hebat berlaku di Sunim iaitu kawasan pantai di tepi laut yang merupakan laluan ke Otawa. Pertempuran ini berlanjutan selama 4 tahun dan banyak mengorbankan penduduk-penduduk Planet Meta.

 

Omega dan Ortan kelihatan semakin lemah selepas beberapa tahun. Mereka juga marah dan kecewa dengan jumlah tentera yang terkorban. Akhirnya mereka mengundur diri. Otawa berjaya menangkap Karhoo dan Okor. Mereka dituduh memulakan peperangan yang mengorbankan ribuan nyawa itu. Karhoo dan Okor di penjarakan selama beberapa tahun. Mereka diseksa dan akhirknya dihukum bunuh.

 

Semenjak daripada itu, peuak-peuak di Meta tidak pernah bersatu. Puak Omega dan Ortan sentiasa ingat tindakan Otawa. Bagi mereka, Otawa telah membunuh penduduk mereka yang tidak bersalah. Otawa menyerang kawasan perkampungan mereka. Otawa membunuh ketua-ketua mereka yang mereka sanjungi. Sehingga kini, dendam itu masih lagi disimpan.