BAB 3 OUWKA

Utara Meta

 

Ouwka berada jauh di utara Meta. Suasana  Ouwka amat tenang. Dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan dan anak-anak sungai yang jernih. Ouwka juga berada berdekatan dengan laut. Ini menjadikan Ouwka sebuah tempat yang cantik dan tenang. Walaupun Ouwka merupakan puak yang selalu ditindas, puak Ouwka merupakan puak yang rajin. Mereka terdiri daripada petani, nelayan, pencipta dan jurutera.

 

Di hilir sungai, kelihatan dua orang kanak-kanak dalam lingkungan 6 tahun sedang bermain. Salah seorang kanak-kanak itu begitu aktif. Dia melompat-lompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Dia kelihatan sangat gembira.

 

“Hey, hati-hati nanti kamu jatuh. Ibu kamu akan marah nanti,” kata seorang lagi kanak-kanak yang bersamanya. Dia risau melihat kawanya itu. Kawannya tidak mengendahkannya.

 

“Jangan risau. Aku sudah mahir. Dahan-dahan pokok ini juga sangat kuat. Aku boleh….” Tiba-tiba dahan pokok itu patah lalu kanak-kanak itu jatuh ke tanah.

 

“Garona!” jerit kawannya. “Kamu tidak apa-apa? Kan aku dah cakap tadi.”

 

“Aku OK, Aya. Tapi mungkin tangan aku terseliuh.”

 

Kanak-kanak itu bernama Garona dan Aya. Garona mempunyai rambut hitam yang panjang. Dia memiliki mata yang berwarna kekuningan. Aya mempunyai rambut perang panjang sehingga ke bahunya. Matanya berwarna hitam. Mereka berdua memakai pakaian putih seperti pakaian pahlawan untuk kanak-kanak. Pinggang mereka diikat dengan kain putih dan kelihatan seperti mereka memakai tali pinggang. Garona dan Aya  merupakan sahabat baik. Mereka selalu bermain bersama-sama.

 

“Kenapa kamu tidak menggunakan kuasa kamu? Ianya boleh menghalang kamu dari jatuh dengan teruk begini,” kata Aya.

 

“Hmm. Aku belum betul-betul mahir dan belum mampu mengawal kuasa angin aku lagi,” kata Garona. “Hey! Mungkin kamu patut terbang menyelamatkan aku tadi!”

 

Mereka berdua hanya ketawa. Penduduk Meta mampu memperolehi kuasa mereka seawal umur 5 tahun. Garona memiliki kuasa angin yang mampu keluar dari tangannya.  Aya mempunyai kebolehan untuk terbang. Namun mereka masih muda dan tidak mampu mengawal kuasa mereka sepenuhnya. Pada masa yang sama, mereka masih tidak faham bagaimana kuasa itu boleh ada pada mereka atau apa tujuan kuasa tersebut.

 

“Tangan kamu kelihatan teruk. Mungkin kita patut pulang. Aku temankan kamu pulang ya?” kata Aya.

 

“Tidak. Ibu pasti akan marah. Dia tidak akan membenarkan aku bermain lagi nanti,” kata Garona.

 

“Kalau begitu kita duduk di sini dulu. Aku cucikan tangan kamu dengan air sungai ini. Air ini sejuk. Mungkin dapat mengurangkan rasa sakit,” kata Aya sambil berjalan ke arah sungai.

 

Aya kembali ke Garona. Dia tolong membersihkan luka di tangannya. “Aya, pernah kamu tertanya kenapa kita memiliki kuasa ini?” tanya Garona.

“Entah. Aku tidak fikirkannya sangat. Kita semua mempunyai kuasa yang berbeza-beza. Mungkin satu hari nanti kita boleh gunakannya untuk kebaikan,” kata Aya.

 

“Aku sering terdengar perbualan ibu dan bapa aku di rumah. Penduduk-punduk di timur dan selatan selalu berbalah sesama sendiri. Mungkin kuasa ini yang menyebabkan perkara itu terjadi,” kata Garona. Bagi seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun, Garona keihatan matang dalam percakapannya.

 

“Ya. Aku juga dengar. Sebab itu aku tidak mahu meninggalkan kampung kita ini,” kata Aya. Dia tersenyum sambil melihat sekeliling. Suasana yang tenang dengan bunyi air sungai menjadikan kawasan itu sangat selesa dan tenang.

 

“Hey. Hari hampir petang! Kita akan lewat ke latihan. Tapi bagaimana dengan kamu? Kamu tidak boleh berlatih dalam keadaan begini,” kata Aya. Mereka berdua ada latihan seni pertahanan diri yang perlu dipelajari.

 

“Aku tidak apa-apa. Kamu jangan beritahu Tuan Gundi keadaan aku. Janji?” kata Garona. Aya hanya tunduk tanda setuju.

 

”Ok, siapa yang tiba dulu dia akan dapat biskut ceri dari peti makanan di pusat latihan nanti!” jerit Garona.  Mereka berdua beredar dari situ dan berlari pantas ke pusat latihan Ouwka.

© 2020

Tengku Adil Tengku Izhar

  • facebook-square
  • Twitter Square
  • Instagram - Black Circle