Bab 2

Pencerobohan Zroxark

 

Zroxark merupakan spesis makhluk asing yang datang dari Galaksi Kotua. Mereka merupakan makhluk asing yang suka menjajah. Zroxark telah mencerobohi kesemua planet di Galaksi Kotua. Kini mereka ingin memusnahkan penghuni bumi iaitu manusia.

 

15 tahun dahulu, Zroxark mula menyerang bulan dan matahari bumi. Ini menyebabkan eko-sistem bumi terjejas. Penyakit mula merebak. Peperangan mula berlaku dikalangan manusia. Manusia menjadi takut. Bulan kelihatan hampir hancur dari bumi. Keadaan siang yang terlalu panas akibat letupan kuat pada matahari bumi. Manusia mula kebuluran. Manusia mula kehilangan tempat tinggal.Keadaan menjadi sangat tidak terkawal.

 

Zroxark menggunakan kelemahan manusia pada ketika itu untuk menyerang bumi. Peluru-peluru berpandu nuklear ditembak ke bumi. Hutan-hutan dan pembangunan habis hancur. Ribuan tentera Zroxark menakluki sebahagian besar bumi. Manusia mula memberontak. Zroxark mendirikan penempatan dan pusat pentadbiran mereka di bumi.

 

Kebanyakkan manusia melarikan diri di bahagian selatan. Banyak tentera-tentera pemberontak ditubuhkan untuk menewaskan Zroxark. Tentera-tentera pemberontak ini di ketuai oleh satu unit ketenteraan manusia yang besar iaitu Star Trooper.

 

Star Trooper berpangkalan di selatan bumi. Mereka cuba memastikan keselamatan manusia masih lagi dilindungi. Star Trooper memiliki ratusan pesawat perjuang dan ribuan tentera yang berkhidmat. Mereka memakai pakaian seragam yang kelihatan seperti robot berbentuk manusia. Ini bagi memastikan mereka dapat menahan serangan tentera Zroxark. Pakaian seragam mereka juga mempunyai teknologi yang tinggi seperti pengesan haba dan pandu arah. Helmet mereka mempunyai teknologi untuk mengesan kedudukan musuh dari jarak 200 meter.

 

Zroxark di ketuai oleh Warlord. Makhluk asing yang kejam di angkasa lepas. Warlord berwarna hitam dan besar. Dia mempunyai saiz badan dua kali ganda manusia. Warlord telah mengetuai puluhan serangan ke atas planet-planet yang telah berjaya ditawannya.

 

Spesis Zroxark merupakan makhluk asing yang berbadan besar dan tinggi. Mereka berwarna kehijauan dan mempunyai mata yang merah. Deretan gigi yang tajam juga boleh dijadikan sebagai senjata. Zroxark hanya mahu memusnahkan kesemua manusia yang tinggal di muka bumi. Tapi dengan adanya tentera Star Trooper, Zroxark terpaksa meningkatkan kekuatan tentera mereka bagi memastikan bumi menjadi milik mereka.

© 2019

Tengku Adil Tengku Izhar

  • facebook-square
  • Twitter Square
  • Instagram - Black Circle