Bab 3

Warlord

 

Warlord memastikan tentera Zroxark menguasai seluruh planet Bumi. Kapal-kapal angkasa Warlord berada di setiap pelusik langit Bumi. Mereka mempunyai teknologi yang jauh ke hadapan. Pada masa yang sama, tentera-tentera Zroxark memastikan tiada pembangunan dilakukan oleh manusia di Bumi.

 

Dalal mempunyai tiga pegawai kanan yang sangat kuat dan setia. Mereka ialah Trigor, Dakhur dan Mokca. Trigor merupakan pahlawan Zroxark yang mengetuai tentera utama Zroxark di sebelah selatan Bumi. Trigor merupakan spesis Anakomi iaitu makhluk asing yang datang dari Galaksi Anakom. Spesis Anakomi sangat terkenal dengan sifatnya yang kuat dan kejam. Hampir 10 ribu tentera Anakomi mengikut Trigor untuk menguasai galaksi di alam semesta. Dahkur merupakan spesis dari Galaksi Daqona iaitu galaksi yang mempunyai tiga planet yang dihuni oleh pengganas-pengganas alam semesta. Dahkur juga membawa hampir 10 ribu tentera Daqona untuk bersama-sama Zroxark menguasai alam semesta. Mokca merupakan sepsis mahkluk asing yang mempunyai teknologi perang yang paling maju. Mereka memastikan tentera Zroxark mempunyai senjata dan pesawat pejuang yang terkini. Warlord sangat mempercayai pegawai-pegawai kanannya.

Di pusat utama Zroxark di Bumi, Warlord telah membina pusat pentadbirannya tersendiri. Ini merupakan salah satu daripada strateginya untuk menakluki dan menduduki planet Bumi. Warlord dan orang-orang kanannya sedang berada di dalam bilik utama di pusat pentadbiran Zroxark itu.

 

“Serangan tentera pemberontak tempoh hari menunjukkan mereka sudah semakin berani,” kata Warlord yang bersama-sama dengan pegawai kanannya di pusat utama Zroxark.

 

“Kita tidak boleh tunjuk sebarang kelemahan. Mereka semakin berani!” kata Dahkur. “Kita mesti berbuat sesuatu.”

 

“Kita mesti tingkatkan serangan ke beberapa kawasan di bumi,” kata Warlord.

 

“Mereka mempunyai sokongan tentera pemberontak di bahagian timur. Dahkur, aku mahu kamu mengetuai serangan ke sana. Sepantas mungkin! Kita kena tunjukkan yang kita tiada belas kasihan!” kata Warlord.

 

“Ketika ini Trigor sedang menyerang pengkalan mereka di utara. Kita mahu melumpuhkan pengkalan mereka di sana!” kata Warlord.

 

“Baiklah. Aku akan siapkan bala tentera,” kata Dahkur sambil meninggalkan bilik perbincangan itu.

 

Warlord melihat ke arah Mokca. Mereka tahu yang mereka perlu memusnnahkan tentera Star Trooper dan pengikut mereka iaitu tentera-tentera pemberontak yang berada di setiap pelusuk Bumi.

 

*****

 

Dahkur mengarahkan 1000 bala tenteranya untuk menyerang tentera pemberontak di bagian timur Bumi. Tentera-tentera Dahkur berlepas menggunakan pesawat-pesawat pejuang yang berteknologi tinggi menuju laju ke timur.

 

Dahkur mengarahkan pegawainya untuk mengaktifkan penerbangan secara Death Eye. Iaitu penerbangan yang tidak dapat dikesan oleh radar dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Seperti pesawat-pesawat Dahkur bergerak secara telus di angkasa. Sebanyak 1000 pesawat pejuang Dahkur kini bergerak ke timur.

© 2019

Tengku Adil Tengku Izhar

  • facebook-square
  • Twitter Square
  • Instagram - Black Circle